Friday, November 26, 2010

Kena Kursus Lagi

     Pagi jam 10.00, bertolak ke Melaka untuk berkursus. Kursus pengenalan kepada Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di IKoM (Institut Koreksional Melaka). Kali pertama ke sana. Tempatnya indah dan cantik di tepian laut Selat Melaka. Bersempadan dengan Makam Hang Tuah. Terletak di Jalan Ke Tanjung Keling. Dapatlah berjumpa kawan-kawan lama dan baru.
    Dalam perjalanan singgahlah di suatu tempat di Johor dekat Pekan Tangkak kerana melalui jalan Buloh Kasap dan Pekan Tangkak, tempat jualan kain yang agak murah harganya..

Jam 3.35 petang sampai ke Tempat yang bernama Institut Koreksional Malaysia, Melaka.


                                                             Nombor Bilik yang dihuni

Ucapan Selamat datang dan selamat berkursus dari rakan 



                                               Pemandangan tepi pantai dari tempat kursus

                                                              

                                                               Masjid Tanjung Keling


Dalam perjalanan terlihatlah.....
Mee Siput , hanya kat Johor aje yang ada


                                        Kubur di depan Institut Koreksional Malaysia di Melaka


                                                  Beriadah di persekitaran tempat kursus



                                                Pemandangan menarik dari Tempat kursus

Friday, November 12, 2010

Pelepasan Secara Parol

Petikan B.Harian
     
     Pelepasan Parol - Sedia menjalani baki hukuman di luar tembok penjara, bersama-sama masyarakat.Tapi ingat anda masih menjalani hukuman dan tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan. Insaf dan berubahlah ke arah yang lebih baik.Hormatilah kebebasan yang diberikan.Carilah peluang pekerjaan dan pendapatan yang halal dan dapat menjamin masa depan anda dan keluarga. Pegawai Parol sedia dan akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna demi masa depan anda semua.

Sunday, October 17, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

Apakah Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954?

     "Perintah Kehadiran Wajib" ertinya suatu perintah mahkamah bagi menggantikan hukuman penjara mengkehendaki seseorang itu hadir pada setiap hari di pusat yang dinyatakan di dalam perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib untuk tempoh tidak lebih Tiga (3) Bulan dan untuk bilangan jam tidak melebihi empat (4) jam.

Apakah Kerja Wajib

     "Kerja Wajib" ertinya apa-apa kerja buruh, tugas kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib untuk diakujanji oleh pesalah tersebut.

Kosep Perintah Kehadiran Wajib

     Konsep "Perintah Kehadiran Wajib" adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan "kerja wajib" tanpa menjejaskan kehidupan harian dalam masyarakat.

Objektif Perintah Kehadiran Wajib
  1. Membantu pesalah mengelakkan peranan dan tanggungjawab dalam keluarga tanpa menjejaskan kehidupan dalam masyarakat.
  2. Mengurangkan impak pemenjaraan ke atas pesalah bagi hukuman ringan.
  3. Memberi peluang bagi pesalah yang melakukan kesalahan ringan menjalankan kerja wajib kepada masyarakat sebagai proses pemuliharaan dalam komuniti.
Faedah Perlaksanaan Perintah Kehadiran Wajib
  1. Mengurangkan kos kerajaan dalam menanggung pesalah kerana hukuman penjara.
  2. Mengurangkan kesesakan dalam penjara.
  3. Mengekalkan keakraban hubungan kekeluargaan tanpa perlunya pengasingan menerusi pemenjaraan.
  4. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pesalah terhadap masyarakat.
  5. Mengurangkan perlakuan semula jenayah.
*Dipetik dari :  Pamplet (18/10/10)
                       Unit Kehadiran Wajib Pesalah Bahagian Parol
                               IPPM, Bukit Wira, 43000 Kajang,
                      

Sunday, October 10, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

      Pesalah-pesalah bagi jenayah kesalahan kecil yang melibatkan hukuman kurang dari 3 bulan penjara mungkin tidak dijatuhkan hukuman pemenjaraan. Mereka yang disalahkan/disabitkan dengan kesalahan itu akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk menjalani Kerja Wajib.Mereka akan melaporkan diri ke Pusat Kehadiran Wajib yang telah ditetapkan di sesuatu Daerah atau Negeri. Pada masa ini Pejabat Parol di setiap daerah dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Kehadiran Wajib.
     Pada masa ini, hukuman menjalani Perintah Kerja Wajib telah dilaksanakan oleh Mahkamah. Pesalah pertama yang menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) setelah Akta 461- Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 berkuatkuasa, sekarang sedang menjalani perintah tersebut Di Daerah Parol Pekan, Pahang....Kesalahan yang dilakukan ialah seksyen 380.k.k.
     Antara kerja-kerja wajib yang perlu dilakukan ialah kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah orang tua, pusat jagaan dalam komuniti, pusat pemulihan orang kurang upaya dan lain-lain tempat yang bersesuaian yang boleh memberi pengajaran/pembelajaran serta keinsafan dalam diri setiap pesalah. Kami berharap dan berdoa, semoga pesalah tersebut insaf dan sedar akan kesalahan yang dilakukannya.

Thursday, September 9, 2010

Di sini sana

        Di sini jem, di sana jem, semua jalanraya sudah BERAYA, lebuh raya dah lama Raya, BELUM TIBA HARI RAYA ADA ORANG SUDAH RAYA. aPA itu hari Raya, kalau di sana ramai yang terkorban kerana kemalangan. Ada orang tiada tempat tinggal kerana rumahnya  terbakar. Apa itu hari raya, sekiranya mercun dijadikan  simbol kemeriahan.

       Tiba masanya kita balik ke pangkal jalan carilah ilmu tentang Raya, Kaya, Hidup dan Kematian. Walau apapun Selamat Hari Raya....
Cukuplah sekadar Tazkirah, petang sebelum Hari Raya. Ah lan Wasah' lam

Wednesday, September 8, 2010

Bulan Posa

        Banyak sungguh kejadian dan peristiwa yang melibat, kecederaan, ragut dan pembunuhan, penyembelihan. Nyawa manusia seolah-olah tiada nilai. Kalau nyawa tak ada nilai, aptah pula maruah. Tahi jahi mainan orang seberang. Di negara kita, itu hanyalah kerja orang gila, yang tiada akal dan fikiran. Di sebalik kejadian itu ada perkara yang tersembunyi.


      Walau apa pun atau di mana pun, atau siapa anda sekalipun di ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF, ZAHIR & BATHIN,
 kepada semua.

Tuesday, August 24, 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

Senarai tugas makin bertambah. Agenda dah dipersetujui. Perlu dilaksana, demi anak bangsa. Baca...


Utusan Malaysia Online - Terkini

Wednesday, June 16, 2010

CUTI sekolah

      Musim cuti dah masuk minggu kedua. Ni giliran Pok Him cuti pulak. Jom balik ke Kelantan. Seronok balik kampong. Seronok untuk berjumpa dan bertemu muka waris warah belah ayahbonda. Ayah Man masih sehat lagi, Pak Kob masih sehat, Paksu Husin dah tak gatih teksi lagi. Pak Jah dah kahwin lagi setelah lebih 10 tahun kematian isteri. Che Chik dan meninggal 2 minggu lepas.Pok su Sulaiman pun dah tak ce kat.
     Tengok anak-anak dah tak kenal anak sapa.Lama dah tinggal kampung.Kenduri perkahwinan ada di merata tempat. Sedap-sedap belaka gulai kawah orang kita.Sana bekwah sini pun bekwah. Ramai pulak hak pakaian baju, cantik-cantik. Nampak macam muda sokmo.
     Tapi Pok Him rasa sedih, bila nak mandi air paip keluar sikit-sikit. Macam sakit tenat. Dahlah kelaur sikit, air berkarat pula. Tak tahulah apa nak jadi. Macam dulu-dulu jugak.
     Walau apapun semangat 1Kelantan yang diamalkan sekarang seperti 1Malaysia telah lama diterokai oleh orang-orang tempat kita. Dulu kini dan selamanya. Kami berada dalam ukhwah dan perpaduan yang jati.Tolong menolong, bantu membantu dan sentiasa ingat tempat asalnya telah sebati di dalam jiwa kita. Betul tak. Sampai jumpa lagi.

Wednesday, May 26, 2010

Santai


Dimana nak bersantai agaknya
disini





atau cara ini bersama pet kesayangan




Wednesday, April 14, 2010

Tahniah Tuan

Tahniah tuan, dari kami semua kakitangan PPN Pahang.

boss baru

     Majlis serah/terima tugas di pejabat baru selesai. Ini bererti tampuk pimpinan dalam pejabat dah berubah. Yang lama bertukar ke Johor, untuk memangku ke jawatan baru(Penolong Komisioner Penjara),yang baru melapor diri berasal dari Perak.Inilah bos baru.... Semoga kita sama-sama menegakkan Visi, Misi dan Objektif Parol, Jabatan Penjara Malaysia.

Ucapan sempena terima tugas pada 12/04/2010 di Bilik Mesyuarat PPN.

Tuesday, April 13, 2010

serah/ terima tugas



tongkat kuasa


    Serah terima tugas adalah majlis yang perlu diadakan, apabila kenaikan pangkat atau pertukaran seseorang anggota ke lain-lain tempat. Bos di pejabat Pok Him telah dinaikkan pangkat dan telah di tempatkan di PPA Muar. Sekalung tahniah dari kami semua.Semoga tuan lebih maju dalam kerjaya.

Tuesday, March 30, 2010

rakan sekerja



      Ular jadi peliharaannya. Katanya jaga ular senang. Tak payah tukar air seperti pelihara ikan. Tak payah beri makan setiap hari.  Ular senang dibelai dan manja. Lagipun bukan ramai yang suka bela ular. Nampaklah hebat, katanya. Itulah kata-kata kawan Pok Him dari Wilayah Triang. Mr. Azrul Hisam.

Catatan
* PH takut dan geli dengan ular

basikalku

Basikal oh basikal












Bila agaknya, nak kayuh kembali, mula-mula rasa bersemangat untuk membuat kayuhan. Namun cuaca agak panas membuat rasa malas pula. Berat badan makin bertambah.Takut pula dibiarkan begitu (beli mahal-mahal). Kata orang dalam apa perkara sekalipun semangat mesti kuat. Dalam keterpaksaan untuk tujuan kesihatan, aku mesti akan lakukan juga. Kayuh, kayuh.., kayuh..
Kayuh jangan tak kayuh. Ada suatu team di Kuala Kubu boleh daki Bukit Frazer dengan basikal hingga ke Puncaknya. Sekalung tahniah Pok Him ucapkan. Bagaimana semangat mereka..

Zaman budak-budak dulu pergi ke mana-mana dengan basikal, tak terasa letih pula. Tapi bila umur dah meningkat segala macam timbul dan datang. Yang jadi masalahnya semangat dah slow down. Mendaki tak daya, tapi kalu menurun bukit bolehlah.

Tuesday, March 16, 2010

musim cuti datang lagi

         Sedar tak sedar dah sebulan tak kemaskini, blog ni. Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan 3. Anak-anak dah masuk musim cuti sekolah. Bapanya tak dapat cuti pula. Boss besar ada meeting kat Langkawi. Apa-apa pun aku pula jadi penunggu pejabat.Tapi tak kisahlah cuti cuma seminggu sahaja. Bulan 6 ni nak mohon cuti awal-awal lagi melalui HRMIS, semoga mendapat kelulusan Boss hendaknya. Itu pun kalau kerja tak banyak, dan mesti bereskan dahulu apa-apa yang sepatutnya.
       Musim cuti sekolah ni, rasanya susah nak jaga anak-anak, sebab asyik di rumah saja, tanpa kawalan. Tu pentingnya Handset. Mesti selalu berhubung, bertanya apa , buat apa, jangan keluar rumah, duduk diam-diam, tunggu abah balik, tunggu mak balik,jaga adik-adik dan sebagainya.

Itu manfaat Iklan Pasti Anda Tahu, Dimana Anak Anda Berada Ketika ini.- Petikan Iklan

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

   Yakinlah dengan sifat-sifat utama nabi kita Nabi Muhammad Salallah Alaihi Wassalam ( s.a.w.). Hayati dan ikutilah sifatNya.

1.Sidiq ( Benar)-Dalam apa perkara, walaupun pahit
2.Tabaligh ( Menyampai)-Segala yang diterima dan yang diketahui
3.Amanah (Jujur)-Dalam segala segi dan setiap masa
4. Fatanah ( Bijaksana) -berilmu, dan sentiasa dalam keadaan belajar

Walau di mana kita berada, ajarlah dan pesanlah kepada mereka supaya sentiasa ingat pada yang 4, InsyaAllah, akan selamatlah mereka.
Sekadar renungan.

Wednesday, February 17, 2010

Utusan Malaysia Online - segera

Mee Segera - Cara Penulisan Pun Mesti Segera

Klip aje - Untuk maklumat, fahami dan hayati
terutamanya pada yang kekurangan budget, kesan dari perbelanjaan berhemah...


Utusan Malaysia Online - Keluarga

Monday, February 15, 2010

Misai Kucing

 
Pokok Bunga Misai kucing. Gambar ini diambil di rumah bapa Mertua Pok Him di Kampung Parit Tengah, Pekan.Kata orang daun pokok ini banyak khasiatnya, terutama dalam penjagaan kesihatan seperti memulihkan perjalanan darah dan mengurangkan penyakit darah tinggi serta kencing manis. Selalulah amalkan meminum air teh daunmisai kucing . Insya Allah ianya mujarab. Perlu terus dan sentiasa mengamalkannya.Petua orang tua-tua.

hutan lipur pandan

       Hari ini cuti lagi.Tak tahu ke mana nak pergi. Jam dah menunjukkan pukul 10.30pagi. Anak-anak ajak ke Kuantan ke mana-mana   Pasar Raya . Tapi aku agak keberatan maklumlah, kedai banyak masih tak buka.Gaji bulan ni terlalu awal pula, takut bulan mendatang, perlu tunggu 45 hari lagi. Pagi tadi aku dah kayuh basikal hampir 30km melalui Pantai Sepat. Badan masih segar.Perut pun dah mula mengempis. Tapi yang masuk balik pula meningkat. Alahai nasib kau perut.
      Mahu tak mahu aku cadangkan agar ke air terjun sungai Pandan, Panching. Maka anak-anak pun ikutlah. Aku bercadang untuk tinjau sahaja. Pakaian dan bekalan makanan pun aku tak bawa.Setelah sampai di sana jam 11.00 pagi, kami dikejutkan oleh jaga di kawasan berkenaan tentang aku mesti bayar untuk masuk ke kawasan tersebut. Sebanyak RM8.00 terpaksalah aku keluarkan.Aku pun bertanya "Ini kawasan dan Jagaan Jabatan Perhutanan ke". "Ya" jawab yang mengeluarkan tiket. "Oklah Boss" jawabku.
     Dalam fikiranku sekarang bermain-main, tiada yang percuma dalam dunia ini, hatta meninggal dunia sekalipun, banyak wang yang harus dikeluarkan.Tak kisahlah walau kena bayar pun. Tapi yang paling mendukacitakan aku adalah kami diarah parking kereta hampir 2km dari tempat riadah, air terjun .





Keadaan parking, jalan masuk dikawal
oleh pihak Jaba tan Perhutanan

        Kadang-kadang berfikir juga kalau nak berehat di tepi hutan pun terpaksa menghadap trafik jem, di bandar Kuantan pun sama, di tempat mana lagi nak pergi????...
Untuk berehat dan ....
Gambar pemandangan di air terjun Sungai Pandan, Panching.Yang atas tu, anak Pok Him.

GTP - NKRA

Yang perlu dibuat dan diikut oleh penjawat awam dasar terkini
GTP - NKRA
    Tak banyak tu, tapi perlu dihayati
Mentransformasi kerajaan dan tingkat kualiti kehidupan

• Reda dinilai dan diadili rakyat
• Tak akan henti buat perubahan
• Mesti sentiasa di hadapan

Monday, January 25, 2010

Peringatan - berita penulis blog

Berita Harian 26/01/09
Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf: Rais
GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. - Bernama
Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor direman 4 hari
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, pagi ini memerintahkan penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

( Macammana ni, )

Sunday, January 17, 2010

Pesanan

Jangan berhutang jika sekadar ingin berlagak.
      Sikap suka berhutang hendaklah dielakkan sebaliknya amalkan sikap qanaah iaitu bersyukur dan reda dengan apa yang ada dan memastikan keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan berhutang.
      Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu itu kepentingan mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang tak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
      Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecil manapun dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya. Membebaskan hutang orang susah atau mengurangkannya adalah satu perbuatan terpuji dan gamnjarannya amat besar di sisi Allah
       Sumber ; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, January 16, 2010

pi kedah

      15/01/10 Aku ke Negeri Jelapang padi, nun jauh di utara tanah air. Awal-awal tahun dah berjalan, seronok juga. Bukannya apa nak menghadiri mesyuarat Agong Khairat Kebajikan Jabatan. Pok Him dilantik sebagai pegawai perhubungan di tempat kerja dalam persatuan tersebut(DKK). Tempat bermesyuaratnya di Bandar Alor Setar, Kedah. Seronok juga dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan sekerja seluruh Malaysia.
     Mesyuarat berlangsung pada 16/01/2010 jam 10.00pagi, bertempat di bilik mesyuarat Penjara Alor Setar.Semua pengarah-pengarah di Zon nampaknya ada turut sama mengiringi Yang Berbahagia Dato' Wira Komisiner Penjara
     Majlis penutupan mesyuarat tersebut dilakukan  oleh Komisioner Penjara Malaysia.Antara saripati ucapan meminta kerjasama anggota saling bantu membantu kakitangan ke arah kebaikan dan sentiasa memberi tahap kebajikan yang termampu kepada semua ahli-ahlinya selain menyertai insuran untuk manfaat diri sendiri.
     Lepas mesyuarat kami telah pun disedia jamuan makan tengahari. Jamuan tengahari dengan lauk ikan pekasam sepat Kedah disertai ulam-ulaman kampung, ohh sedap juga.Dah lama aku tak merasai lauk sedemikian.Selepas menjamu selera maka selesailah acara pada hari ini. Pada sebelah petangnya aku mengambil kesempatan meronda di Komplek Pekan Rabu, walaupun bukan hari Rabu. Apa lagi, maklumkan kepada orang rumah nun jauh di Pekan (Pahang)  melalui handphone. Maka adalah pesanan-pesanan beli itu, beli ini. Entahlah yang aku ingat beli kuah rojak Mak Bee saja. 4 botol RM10.00 .Belilah 8 botol. Di Kuantan katanya tak ada, entahlah, aku tak tahu. Malam tengok Tv kat Hotel, Kelantan lawan Perlis- Sabarlah aku nak terus tengok bola.......dan... tidur awal
   Besok pagi-pagi aku nak balik ke Kuantan.Maaf, gambar tak ada, lupa bawa kamera.

Monday, January 11, 2010

PTC


Pemandangan PTC, dirakamkan oleh anak Remajaku. Dari sudut jejantas tepian pantai. Bulan Disember 2009.  Suasana cuaca redup.

Anak



Sarah Shairah

         Buat apa tu dik. Seronoknya dik berposing dengan anak patung.Tak mengapa dik, jadilah seorang yang penyayang. Raikan keriangan, walau dimana kau berada.Tapi tahun ini adik dah memasukki darjah satu. Mulakan langkah mu dengan belajar membaca, menulis dan mengira. Ingat pesan ayah dan ibu, bila besar nanti jadilah orang yang berguna.Berbaktilah pada ibu dan ayah, pada diri sendiri dan pada seluruh masyarakat. Berbaktilah pada agama, nusa dan bangsa.

Friday, January 8, 2010

Tempat Persinggahan



         Pada penghujung Musim cuti sekolah lalu 2009 . Pok Him sekeluarga baliklah ke kampung kat Salor. Rumah Pok Him berdekatan dengan gerai buat Akok Salor tu.Sebelum sampai ke rumah singgahlah di Masjid Baru Jertih, Terengganu.Wauu . Cantiknya Masjid  Bandar Jertih, Terengganu.Singgahlah untuk solat seketika.Sampai di bawah tercari-carilah mana pintunya, tandasnya serta bilik wuduknya.Puas mencari dan bertanya orang, barulah jumpa. Rupa-rupanya ruang bawah, bukan tempat solat, ruang solatnya di tingkat atas.Besar dan luas serta selesa. Namun ada yang kurangnya - ialah peranan AJK(entah ada atau belum diwujudkan itu aku tak pasti) Petunjuk arah dan  Papan Tanda yang tidak ada. Perkara ini sepatutnya dibuat untuk kemudahan orang ramai.Barulah senang tak tercari-cari tempat nak dituju.
     Walau  apapun di tepi bangunan Masjid itu adalah gerai-gerai makan untuk berehat dan menjamu selera. Selera kita, orang kita(nganuu kite).Alhamdulillah, hilang dahaga.Boleh terus balik ke Salor.

Saturday, January 2, 2010

Tahun baru Azam Baru

       2010 sudah bermula. Azam baru Pok Him tahun ini, ingin melakukan latihan fizikal untuk mengurangkan berat badan, sekarang 91kg, Kalau boleh nak kurangkan 15 hingga 20kg. Itu pun kalau mampu dengan melakukan exercise.

Pada 29/12/09 basikal di bawah telah dibeli dengan harga RM1720. Niat hati  nak kayuh ia , 20 hingga 30km sehari untuk 3 kali seminggu. Kalau sapa-sapa nak ikut pun bolehlah.Lokasi kayuhan pertama ialah dari Kempadang ke Pantai Sepat dan Cheruk Paloh. OK mari-mari, kita kayuh...

Cantik tak basikal ni.Cantik atau tidak itu tak penting. Yang penting tujuan penggunaannya. Lepas ni nak joint mat-mat mountain bike blog.

masa seronok


Saat yang paling dinanti-nantikan,  ini dia. betul tak..Makan lagi. Tambah lagi berat badan.Kerja dah beres, ceramah dah  dengar.So sekarang kena meraikan tetamu.Makan pun kena berjemaah.Alhamdulillah

Lukisan Saya(Shairah)


Inilah lukisan Sarah Shairah pada bulan Disember 2009. Katanya gambar bondanya.Cantik tak.