Friday, December 11, 2009

Parol

      Ada orang bertanya Pak Him, apa tu parol. Ni yang susah nak jawab. Benda ni dah hampir 2 tahun telah dibentang dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Tapi orang kita tak nak tahu atau tak ambil tahu. Walaubagaimanapun bolehlah Pak Him bercerita tentang Sistem Parol JPM. Bahagian parol adalah salah satu dari unit dari Jabatan Penjara Malaysia. Untuk pengetahuan semua hampir seluruh daerah di seluruh negeri ada satu pejabat Parol,fungsinya lebih kurang dengan AADK, ada juga fungsi kebajikan Masyarakat dan lain-lain aktiviti menolong dan membantu, tetapi bukan kepada masyarakat umum tetapi lebih kepada banduan namun bantuan dari masyarakat adalah penentu terhadap kejayaan sistem ini.
       Sistem parol sebenarnya mempunyai perkara berikut;
1. VISI-Menjamin kesejahteraan masyarakat melalui proses Reintergrasi dan mengurangkan pengulangan perlakuan jenayah
2. MISI- Membantu dan membimbing penghuni untuk hidup sebagai individu yang menghormati undang-undang dan peraturan Negara.
3. FALSAFAH- Memastikan kelicinan proses pemulihan dan integrasi semula (reintegration) dalam masyarakat.

• Membantu dan membimbing penghuni hidup sebagai individu yang menghormati undang-undang dan peraturan Negara dan tidak mengulangi jenayah
4. KONSEP PAROL-

• Pelepasan bersyarat

• Banduan sabitan yang hukumannya satu tahun dan ke atas

• Telah menjalani ½ hukuman penjara

• Menjalani hukuman di luar Penjara di bawah penyeliaan pegawai parol

5. MENGAPA PERLU SISTEM PAROL

• Banduan yang berulangkali masuk ( residivis 25-30% ) didapati mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat setelah dibebaskan tanpa bimbingan dan sokongan.

• Mengurangkan pengulangan perlakuan jenayah di kalangan bekas penghuni

• Kesinambungan kepada program pemulihan dalam komuniti ( Pelan Pembangunan Insan)

• Mengurangkan kesesakan di dalam Penjara

• Memudahkan proses kemasukan semula dalam masyarakat dengan penglibatan dan komitmen keluarga, masyarakat dan jabatan Penjara

• Mengoptimumkan penggunaan ruang dalam penjara

• Penggubal perundangan di negara maju percaya bahawa tempoh sejurus banduan dibebaskan adalah sangat kritikal untuk memastikan kejayaan integrasi semula banduan dalam masyarakat untuk manjadi insane yang bergguna.
6. KELAYAKAN BANDUAN

• hukuman penghuni hendaklah satu tahun dan ke atas.

• Penghuni hendaklah menjalani separuh daripada hukuman dalam Penjara sebelum untuk pertimbangan Parol.

• Penghuni hendaklah menjalani permulihan yang diluluskan oleh komisioner Jeneral.
7. KESALAHAN YANG TIDAK LAYAK BAGI PELEPASAN PAROL

• Kanun keseksaan (Akta 574 )

• Keseluruhan bab IV

• Keseluruhan babVIA

• Seksyen 194- perenggan 225 (e)

perenggan 304 (a)

• seksyen 364,376, 374A,376, 376B, 377C, 377E
• seksyen 388

• seksyen 460

• Akta penculikan 196 ( Akta 365 ) seksyen 3

• Akta Senjata api ( penalti lebih berat ) 1971 ( akta 37 )

• Seksyen 3,3A,4,5,7
• Akta dadah berbahaya 1952 ( akta 234 ) seksyen 6B

• Akta keselamatan dalam negeri 1960 ( Akta 82 ) seksyen 57 seksyen 59
8. LEMBAGA PAROL(pihak yang meluluskan permohonan dari banduan, untuk menyertai Sistem Parol)

Keanggotaan

• Seorang Pegawai kanan undang-undang dari perkhidmatan kehakiman @ perundangan ( pengerusi )

• Seorang pegawai kanan Penjara

• Seorang pegawai kanan Polis

• Seorang pegawai kanan kebajikan masyarakat

• 3 ahli masyarakat

     PELAKSANAAN SISTEM PAROL AKAN MENJADI PELENGKAP KEPADA SISTEM KEADILAN JENAYAH DI MANA PAROL AKAN MELIBATKAN PIHAK KEHAKIMAN, POLIS, PENJARA DAN MASYARAKAT SECARA MENYELURUH DALAM HUKUMAN DAN PEMULIHAN PENGHUNI.
“ NO TRUST NO PAROLE “

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan ibrahim maaf saya bertanya,suami saya ada mohon parol pihak parol pun sudah dtg kerumah saya,klu suami saya dpt parol insya'allah bln 5 ni suami saya boleh blk kerumah,tapi sampai skrg ni dah bln 5 takde berita pun yg suami saya ni layak ke atau tidak layak untuk dptkn parol.

    ReplyDelete