Monday, November 30, 2009

Graduan tadika

                                         Gambar Sarah Shairah Hari Graduated  22/11/09


T. Lahir 15/03/2003
    Sudah besar anak abah, dah nak masuk Tahun satu, beberapa hari lagi. Ingat, pergi sekolah elok-elok. Belajar rajin-rajin supaya dapat ijazah dari Universiti ( Malaya) atau mana-mana yang dicita-citakan. Katanya cita-cita nak jadi Doktor Gigi. Hobi pulak membaca buku, menari, menyanyi dan menolong ibu dan bapa.
    Itu luahannya sendiri. Masa menaip ni pun dia berada di depan. Budak sekarang semua dia tahu.Tak boleh nak tulis yang bukan-bukan. Kepada guru-guru Pusat Asuhan Dan Jagaan, Tadika Nur Iman, Taman Berjaya Permai, Kg. Kempadang,Kuantan  tahniah dan terima kasih "adik ucapkan" kerana telah mengajar adik membaca buku "Bacalah anakku" dan "Read Easy" serta mengajar mengira dan menulis. Kami sanjungi Budi dan Jasa baik kalian . Semoga terus memberi sumbangan kepada perkembangan minda anak bangsa. Begitu juga kepada Pengurus Pusat Jagaan dan Asuhan serta Tadika tersebut. Terima Kasih.
   Dah boleh membaca ... adik. Tahun satu mesti nombor 1. Sekolah nanti mesti ikut cakap guru..

Saturday, November 28, 2009

Anak-anak


Gambar anak-anak
      Inilah gambar anak-anak Pak Him. Taklah ramai dua lelaki dan dua perempuan. Yang sulong Daniaal 14 tahun, nombor dua Izzat, tiga Sarah Shafiah dan yang bongsu setakat ni Sarah Shairah. Semuanya dilahirkan
di hospital Bandar di Raja Pekan. Bangunan lama bukan yang baru. Anak adalah amanat.  Kalau dah amanat mesti jaga dan mereka mestilah dididik mengikut apa yang dikehendakki oleh agama kita.
      Gambar di atas dirakam pada tahun 2008, tempatnya di Taman Teruntum, dekat TC.Hujung minggu memang ramai orang kat situ. Bawalah anak-anak berhibur sambil berekreaksi. Tambahan pula sekarang ni musim cuti sekolah. Jangan biarkan mereka bermain air sungai , longkang atau berpesta air banjir.
     




       

Tuesday, November 24, 2009

kena kursus lagi

  
      Selamat malam semua, rupanya hari dah malam. Pak Him baru habis kursus di Pusat latihan PULAPEN Marang, Terengganu. Masa pergi tu Hujan tak henti-henti turun. Pada masa bertolak dari Kuantan iaitu pukul 12.35 tengahari taklah hujan, sampai di Paka dan tempat pembakaran terbuka tu(kawah api) kat Kertih, kereta Pak Him terpaksa mengharungi air, taklah teruk tapi mencecah lantai. Nasib baik tak masuk ke ruangan dalam kereta.Di Dungun pun sama tak dapat masuk Bandar terpaksa melencong ke kiri jalan kampong .Walaupun dalam keadaan begitu sampai juga di tempat kursus pada  jam lebih kurang 5.30petang.Musim Bah dah mula melanda kat Ganu Kite.
      23 dan 24 berkursuslah  pak him bersama-sama dengan anak-anak muda yang lebih arif dan faham. Semuanya 44 orang. Masa berkursus memang seronok, sebabnya makan tak pernah miss. Jam 4.30 petang 24/11, terima sijil. Wooh gembiranya. Tapi terasa tak sedap juga, kerana ketika ucapan perasmian penutup, yang bagi sijil tu kata, sijil bukan untuk mengcukupi  tujuh hari kursus tapi Sijil Kena Buat Kerja. 2 bulan diberikan masa supaya menyiapkan persekitaran berkualiti dan akan diauditkan nanti. Itulah kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Maka dengan kursus ni dah cukuplah 7 hari yang diwajibkan.
       Terima kasih kepada semua Fasilitator terutama Encik Yazid MPC K. Terengganu dan Cik Hazwani MPC Kuantan.. Bantulah kami tolonglah kami dalam proses persijilan nanti. Sijil Amalan 5S kami harapkan. Di sini juga Pak Him mohon sekiranya kursus-kursus itu dapat diadakan di luar musim BAH. Rancanglah lebih awal agar kereta Pak Him yang dah tua tu tak lagi mengharungi air.Kesian kat dia

Tuesday, November 17, 2009

manlaksam....setalam batu seraup emas: SPM bermula hari ni - semoga berjaya.#links#links#links

manlaksam....setalam batu seraup emas: SPM bermula hari ni - semoga berjaya.#links#links#links Kami semua berdoa semoga anak Cik gu Man berjaya. Begitu juga dengan anak-anak lain yang mengambil exam tersebut. Usaha , Doa dan Tawakal.. Yang penting Usaha tu. Sebelum exam..

Monday, November 16, 2009

Tabik tuan

       Lihat blog kawan lama, Lee D,langkawi terasa seronok juga. Hasil penat lelah membuat kerja, ada orang menghargai. Dapat pingat dalam Jabatan pun jadilah, barulah cantik nampak dalam uniform. Ni kosong aje, kat pakaian seragam.Tak ada umppph-lah.Ingatkan pada boss-boss tu apa yang sepatut beri, berilah. Tak membeban kewangan kerajaan ni bukan bonus(puluh), cuma pingat penghargaan untuk disemat pada pakaian pada setiap masa bertugas. Betul tak.



           Terima kasih Bos.Sentiasa hormat dan terpaksa memberi tabik Hormat kepada pegawai atasan. Dah menjadi tugas dan tanggungjawab.

Sunday, November 15, 2009

Anak - cuti sekolah

    Daerah Kuantan mulai hujan, sejak dari malam tadi.Dua orang anak mengikut program perkhemahan di padang sekolahnya. Aku risau memandang keadaan yang agak dingin dan basah. Apakah aktiviti dan perkara yang boleh dilakukan. Apakah boleh mencapai objektif aktiviti perkhemahan atau tidak.Tiga hari dua malam untuk budak-budak merasai pengalaman hidup secara berkumpulan dan dalam suasana lain dari kesenangan sewaktu berada di dalam rumah dan bersama keluarga. Apakah pengalaman yang didapati, balik nanti akan aku cuba tanya...? Seronok ke? atau ......hanya kepenatan sahaja yang dapat         Itu aktiviti pra  percutian, minggu pertama nanti  entahlah apa aktiviti, aku kerja. Cuti ni ada niat nak balik kampung, tapi takut pula cuaca dan keadaan sekarang yang tak menentu.Bukan apa sebab kereta lama lebih tahun katakan. Nasib baik cadangan pemeriksaan bersyarat untuk yang otai ditolak. Kalau tidak kereta tu kena tolak la

Wednesday, November 11, 2009

Monday, November 9, 2009

manlaksam....setalam batu seraup emas: Tempat beruang asah kuku.

manlaksam....setalam batu seraup emas: Tempat beruang asah kuku. Man betulke nie... Kalau betul aku nak lihat juga.Simpan batang tu jangan tebang pulak nanti susah nak dapat bukti tentang kebenarannya. Kuku beruang tu panjang dan tajam ke! Ada berapa jenis beruang agaknya di Malaysia ini.

Sunday, November 8, 2009

Salam sejahtera pada semua.
Pagi ini aku memulakan suatu yang mengasyikkan. Di tempat kerja aku mula bertanya mengenai cara nak memasukkan tulisan ke blog yang baru dirintis. Bermula dari melihat blog yang ditulis oleh kawan lamaku "manlaksam" atau lebih kukenali man jambang(cikgu man).Teruskan menulis cikgu man tapi jangan lupa aku di penjara. Aku bukannya orang yang telah dihukum tapi minta masuk ke dalam... Cari nafkah buat meneruskan kehidupan ini. Cikgu Man mungkin telah berubah agaknya setelah keluar dari penjara . Mungkin telah memulakan perniagaan dan juga perladangan, tahniah.