Monday, January 25, 2010

Peringatan - berita penulis blog

Berita Harian 26/01/09
Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf: Rais
GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. - Bernama
Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor direman 4 hari
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, pagi ini memerintahkan penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

( Macammana ni, )

Sunday, January 17, 2010

Pesanan

Jangan berhutang jika sekadar ingin berlagak.
      Sikap suka berhutang hendaklah dielakkan sebaliknya amalkan sikap qanaah iaitu bersyukur dan reda dengan apa yang ada dan memastikan keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan berhutang.
      Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu itu kepentingan mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang tak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
      Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecil manapun dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya. Membebaskan hutang orang susah atau mengurangkannya adalah satu perbuatan terpuji dan gamnjarannya amat besar di sisi Allah
       Sumber ; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, January 16, 2010

pi kedah

      15/01/10 Aku ke Negeri Jelapang padi, nun jauh di utara tanah air. Awal-awal tahun dah berjalan, seronok juga. Bukannya apa nak menghadiri mesyuarat Agong Khairat Kebajikan Jabatan. Pok Him dilantik sebagai pegawai perhubungan di tempat kerja dalam persatuan tersebut(DKK). Tempat bermesyuaratnya di Bandar Alor Setar, Kedah. Seronok juga dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan sekerja seluruh Malaysia.
     Mesyuarat berlangsung pada 16/01/2010 jam 10.00pagi, bertempat di bilik mesyuarat Penjara Alor Setar.Semua pengarah-pengarah di Zon nampaknya ada turut sama mengiringi Yang Berbahagia Dato' Wira Komisiner Penjara
     Majlis penutupan mesyuarat tersebut dilakukan  oleh Komisioner Penjara Malaysia.Antara saripati ucapan meminta kerjasama anggota saling bantu membantu kakitangan ke arah kebaikan dan sentiasa memberi tahap kebajikan yang termampu kepada semua ahli-ahlinya selain menyertai insuran untuk manfaat diri sendiri.
     Lepas mesyuarat kami telah pun disedia jamuan makan tengahari. Jamuan tengahari dengan lauk ikan pekasam sepat Kedah disertai ulam-ulaman kampung, ohh sedap juga.Dah lama aku tak merasai lauk sedemikian.Selepas menjamu selera maka selesailah acara pada hari ini. Pada sebelah petangnya aku mengambil kesempatan meronda di Komplek Pekan Rabu, walaupun bukan hari Rabu. Apa lagi, maklumkan kepada orang rumah nun jauh di Pekan (Pahang)  melalui handphone. Maka adalah pesanan-pesanan beli itu, beli ini. Entahlah yang aku ingat beli kuah rojak Mak Bee saja. 4 botol RM10.00 .Belilah 8 botol. Di Kuantan katanya tak ada, entahlah, aku tak tahu. Malam tengok Tv kat Hotel, Kelantan lawan Perlis- Sabarlah aku nak terus tengok bola.......dan... tidur awal
   Besok pagi-pagi aku nak balik ke Kuantan.Maaf, gambar tak ada, lupa bawa kamera.

Monday, January 11, 2010

PTC


Pemandangan PTC, dirakamkan oleh anak Remajaku. Dari sudut jejantas tepian pantai. Bulan Disember 2009.  Suasana cuaca redup.

Anak



Sarah Shairah

         Buat apa tu dik. Seronoknya dik berposing dengan anak patung.Tak mengapa dik, jadilah seorang yang penyayang. Raikan keriangan, walau dimana kau berada.Tapi tahun ini adik dah memasukki darjah satu. Mulakan langkah mu dengan belajar membaca, menulis dan mengira. Ingat pesan ayah dan ibu, bila besar nanti jadilah orang yang berguna.Berbaktilah pada ibu dan ayah, pada diri sendiri dan pada seluruh masyarakat. Berbaktilah pada agama, nusa dan bangsa.

Friday, January 8, 2010

Tempat Persinggahan



         Pada penghujung Musim cuti sekolah lalu 2009 . Pok Him sekeluarga baliklah ke kampung kat Salor. Rumah Pok Him berdekatan dengan gerai buat Akok Salor tu.Sebelum sampai ke rumah singgahlah di Masjid Baru Jertih, Terengganu.Wauu . Cantiknya Masjid  Bandar Jertih, Terengganu.Singgahlah untuk solat seketika.Sampai di bawah tercari-carilah mana pintunya, tandasnya serta bilik wuduknya.Puas mencari dan bertanya orang, barulah jumpa. Rupa-rupanya ruang bawah, bukan tempat solat, ruang solatnya di tingkat atas.Besar dan luas serta selesa. Namun ada yang kurangnya - ialah peranan AJK(entah ada atau belum diwujudkan itu aku tak pasti) Petunjuk arah dan  Papan Tanda yang tidak ada. Perkara ini sepatutnya dibuat untuk kemudahan orang ramai.Barulah senang tak tercari-cari tempat nak dituju.
     Walau  apapun di tepi bangunan Masjid itu adalah gerai-gerai makan untuk berehat dan menjamu selera. Selera kita, orang kita(nganuu kite).Alhamdulillah, hilang dahaga.Boleh terus balik ke Salor.

Saturday, January 2, 2010

Tahun baru Azam Baru

       2010 sudah bermula. Azam baru Pok Him tahun ini, ingin melakukan latihan fizikal untuk mengurangkan berat badan, sekarang 91kg, Kalau boleh nak kurangkan 15 hingga 20kg. Itu pun kalau mampu dengan melakukan exercise.

Pada 29/12/09 basikal di bawah telah dibeli dengan harga RM1720. Niat hati  nak kayuh ia , 20 hingga 30km sehari untuk 3 kali seminggu. Kalau sapa-sapa nak ikut pun bolehlah.Lokasi kayuhan pertama ialah dari Kempadang ke Pantai Sepat dan Cheruk Paloh. OK mari-mari, kita kayuh...

Cantik tak basikal ni.Cantik atau tidak itu tak penting. Yang penting tujuan penggunaannya. Lepas ni nak joint mat-mat mountain bike blog.

masa seronok


Saat yang paling dinanti-nantikan,  ini dia. betul tak..Makan lagi. Tambah lagi berat badan.Kerja dah beres, ceramah dah  dengar.So sekarang kena meraikan tetamu.Makan pun kena berjemaah.Alhamdulillah

Lukisan Saya(Shairah)


Inilah lukisan Sarah Shairah pada bulan Disember 2009. Katanya gambar bondanya.Cantik tak.