Thursday, January 5, 2012

Rumah Perantaraan, Jabatan Penjara Malaysia

RUMAH PERANTARA (HALF WAY HOUSE ) JPM


1. Merupakan premis tempat tinggal, tempat riadah dan kelas-kelas pembelajaran sementara yang disediakan oleh NGOs dengan kerjasama Jabatan Penjara bagi menempatkan bekas banduan yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman di penjara.

2. Rumah yang disediakan dengan kerjasama pihak NGOs yang lengkap dengan kemudahan asas termasuk makan dan minum kepada bekas banduan yang baru bebas dari penjara dan tiada tempat tinggal kerana tiada keluarga atau keluarga enggan menerima mereka kembali atau mereka yang secara sukarela untuk tinggal di situ. Bekas banduan akan tinggal selama tidak lebih 3 bulan.

3. Berfungsi sebagai satu treatment facility

- Membantu bekas banduan mendapat pekerjaan dan kaunseling

- Mengurangkan kes-kes banduan bebas melakukan jenayah berulang

- Mengelakkan bekas banduan dari terlibat dengan tabiat lama apabila kembali kepada kawan-kawan dan melakukan jenayah

- Membantu bekas banduan menangani masalah “sosial stigma” apabila keluarga dan masyarakat tidak mahu menerima mereka kembali.

Thursday, October 6, 2011

Tak rasa apa-apa






Tak rasa bersalah ke? Tak rasa bersalah ke? Aku sekadar mengulangi kata-kata di papan tanda.
Tak rasa bersalah ke? Aku sekadar mengulangi kata-kata di papan tanda.

Tak rasa bersalah ke? Tak rasa bersalah ke? Aku sekadar mengulangi kata-kata di papan tanda.


POTONG Q

SEKADAR LUAHAN?

Monday, July 11, 2011

Baju Aku


Gambar Keluarga


      Maafkan aku, aku suka warna merah , tidak ada kena mengena sama ada mereka yang telah mati atau tiada lagi di dunia ini. Merah sekadar warna pada baju yang ku pakai sahaja. Kuning bukan apa, warna raja tu. Hijau warna tentera. Biru warna polis kut. Hijau untuk penjara. Apa pun untuk rakyat jelata, aku tak tahu, boleh bagi tahu tak. Tapi ingatlah kain warna apakah, yang akan kita bawa kelak. Sewaktu tubuh terbujur kaku. Kita akan dikafan dengan kain warna itu . PUTIH.  Sekadar mengingat pada yang lupa dan alpa... Tidak kira siapa kita, dimana kita, berapa usia kita dan apa warna kulit kita.Yang pasti kita menuju ke sana. Balik kampung kita. Kampung Akhirat .

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Hari

      Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja, tidak kira di mana bekerja dan di mana lokasinya.  
Selamat Hari Ibu untuk Ibuku dan seluruh ibu-ibu yang bergelar ibu sejati dan penuh tanggungjawab dan amanah dan berpegang teguh pada agamanya.
    Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu tidak kira yang mengajar dan mendidik apa-apa bidang pun. Selamat Hari Belia tidak kira berapa usia pun.Kita tetap belia.
   Apa yang penting dan perlu ingat,...
 Semoga selamat di setiap hari dan di mana-mana saja.
Bulan ini Bulan Hari, pilihlah hari mana, untuk naik harga, tambah nilai,.....

Thursday, March 24, 2011

Cuti Hujung Minggu- Rumah Mertua

        Sekali-sekala atau hujung minggu atau hujung bulan atau bila nak rasa nak balik jumpa orang tua, memang seronok. Rasa, bagai suatu perasaan yang indah. Entah dari mana terbitnya, perasaan itu.... Inilah dikatakan kasih sayang, atau rasa kasih terhadap orang tua dan hubungan antara insan.Sekali-sekala baliklah, ziarahlah keluarga dan sanak- saudara, di waktu senang atau susah.
        Orang tua tidak mengharap wang ringgit, tidak mengharap apa-apa selain datang bertamu dan berbicara walau seketika, datang bertemu mata, dan datang memohon maaf dan restu atas pertemuan dan perjumpaan sesama insan. "Mawar Datan, Warah mah"Betul ke  tu. Harap betullah...