Saturday, January 16, 2010

pi kedah

      15/01/10 Aku ke Negeri Jelapang padi, nun jauh di utara tanah air. Awal-awal tahun dah berjalan, seronok juga. Bukannya apa nak menghadiri mesyuarat Agong Khairat Kebajikan Jabatan. Pok Him dilantik sebagai pegawai perhubungan di tempat kerja dalam persatuan tersebut(DKK). Tempat bermesyuaratnya di Bandar Alor Setar, Kedah. Seronok juga dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan sekerja seluruh Malaysia.
     Mesyuarat berlangsung pada 16/01/2010 jam 10.00pagi, bertempat di bilik mesyuarat Penjara Alor Setar.Semua pengarah-pengarah di Zon nampaknya ada turut sama mengiringi Yang Berbahagia Dato' Wira Komisiner Penjara
     Majlis penutupan mesyuarat tersebut dilakukan  oleh Komisioner Penjara Malaysia.Antara saripati ucapan meminta kerjasama anggota saling bantu membantu kakitangan ke arah kebaikan dan sentiasa memberi tahap kebajikan yang termampu kepada semua ahli-ahlinya selain menyertai insuran untuk manfaat diri sendiri.
     Lepas mesyuarat kami telah pun disedia jamuan makan tengahari. Jamuan tengahari dengan lauk ikan pekasam sepat Kedah disertai ulam-ulaman kampung, ohh sedap juga.Dah lama aku tak merasai lauk sedemikian.Selepas menjamu selera maka selesailah acara pada hari ini. Pada sebelah petangnya aku mengambil kesempatan meronda di Komplek Pekan Rabu, walaupun bukan hari Rabu. Apa lagi, maklumkan kepada orang rumah nun jauh di Pekan (Pahang)  melalui handphone. Maka adalah pesanan-pesanan beli itu, beli ini. Entahlah yang aku ingat beli kuah rojak Mak Bee saja. 4 botol RM10.00 .Belilah 8 botol. Di Kuantan katanya tak ada, entahlah, aku tak tahu. Malam tengok Tv kat Hotel, Kelantan lawan Perlis- Sabarlah aku nak terus tengok bola.......dan... tidur awal
   Besok pagi-pagi aku nak balik ke Kuantan.Maaf, gambar tak ada, lupa bawa kamera.

1 comment: