Sunday, October 10, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

      Pesalah-pesalah bagi jenayah kesalahan kecil yang melibatkan hukuman kurang dari 3 bulan penjara mungkin tidak dijatuhkan hukuman pemenjaraan. Mereka yang disalahkan/disabitkan dengan kesalahan itu akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk menjalani Kerja Wajib.Mereka akan melaporkan diri ke Pusat Kehadiran Wajib yang telah ditetapkan di sesuatu Daerah atau Negeri. Pada masa ini Pejabat Parol di setiap daerah dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Kehadiran Wajib.
     Pada masa ini, hukuman menjalani Perintah Kerja Wajib telah dilaksanakan oleh Mahkamah. Pesalah pertama yang menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) setelah Akta 461- Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 berkuatkuasa, sekarang sedang menjalani perintah tersebut Di Daerah Parol Pekan, Pahang....Kesalahan yang dilakukan ialah seksyen 380.k.k.
     Antara kerja-kerja wajib yang perlu dilakukan ialah kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah orang tua, pusat jagaan dalam komuniti, pusat pemulihan orang kurang upaya dan lain-lain tempat yang bersesuaian yang boleh memberi pengajaran/pembelajaran serta keinsafan dalam diri setiap pesalah. Kami berharap dan berdoa, semoga pesalah tersebut insaf dan sedar akan kesalahan yang dilakukannya.

1 comment: