Sunday, December 13, 2009

Petikan Akhbar "Sinar"

       Kuantan - Ahli masyarakat diminta untuk terus memberikan sokongan moral dan bimbingan kepada banduan yang menjalani sistem parol untuk membantu mereka menjalani kehidupan seperti biasa.
      Pengarah Parol Pahang, Wan Umar Bin Wan Abdullah berkata, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap banduan yang menjalani parol atau orang diparol adalah baik kerana mereka semakin memahami bahawa banduan perlu diberi sokongan moral untuk mengelakkan mereka kembali terjebak dalam kegiatan lampau yang negatif.
      Menurutnya, tahap penerimaan masyarakat diukur terhadap kesediaan majikan untuk mengambil orang diparol sebagai pekerja, berbeza dengan senario majikan dahulu yang enggan menggaji banduan waima bekas banduan sekalipun.
     "Masyarakat sekeliling juga dilihat semakin terbuka melibat orang diparol ini dalam kegiatan kemasyarakatan yang dianjurkan sebagai salah satu bentuk bantuan kepada golongan ini."
"Penerimaan baik ini  mungkin timbul selepas melihat perkembangan positif orang diparol seperti tidak melanggar peraturan yang ditetapkan selepas mendapat bimbingan daripada pegawai parol" katanya.

      Sekadar renungan bersama.Boleh ya...

No comments:

Post a Comment