Tuesday, November 24, 2009

kena kursus lagi

  
      Selamat malam semua, rupanya hari dah malam. Pak Him baru habis kursus di Pusat latihan PULAPEN Marang, Terengganu. Masa pergi tu Hujan tak henti-henti turun. Pada masa bertolak dari Kuantan iaitu pukul 12.35 tengahari taklah hujan, sampai di Paka dan tempat pembakaran terbuka tu(kawah api) kat Kertih, kereta Pak Him terpaksa mengharungi air, taklah teruk tapi mencecah lantai. Nasib baik tak masuk ke ruangan dalam kereta.Di Dungun pun sama tak dapat masuk Bandar terpaksa melencong ke kiri jalan kampong .Walaupun dalam keadaan begitu sampai juga di tempat kursus pada  jam lebih kurang 5.30petang.Musim Bah dah mula melanda kat Ganu Kite.
      23 dan 24 berkursuslah  pak him bersama-sama dengan anak-anak muda yang lebih arif dan faham. Semuanya 44 orang. Masa berkursus memang seronok, sebabnya makan tak pernah miss. Jam 4.30 petang 24/11, terima sijil. Wooh gembiranya. Tapi terasa tak sedap juga, kerana ketika ucapan perasmian penutup, yang bagi sijil tu kata, sijil bukan untuk mengcukupi  tujuh hari kursus tapi Sijil Kena Buat Kerja. 2 bulan diberikan masa supaya menyiapkan persekitaran berkualiti dan akan diauditkan nanti. Itulah kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Maka dengan kursus ni dah cukuplah 7 hari yang diwajibkan.
       Terima kasih kepada semua Fasilitator terutama Encik Yazid MPC K. Terengganu dan Cik Hazwani MPC Kuantan.. Bantulah kami tolonglah kami dalam proses persijilan nanti. Sijil Amalan 5S kami harapkan. Di sini juga Pak Him mohon sekiranya kursus-kursus itu dapat diadakan di luar musim BAH. Rancanglah lebih awal agar kereta Pak Him yang dah tua tu tak lagi mengharungi air.Kesian kat dia

No comments:

Post a Comment