15/01/10 Aku ke Negeri Jelapang padi, nun jauh di utara tanah air. Awal-awal tahun dah berjalan, seronok juga. Bukannya apa nak menghadiri mesyuarat Agong Khairat Kebajikan Jabatan. Pok Him dilantik sebagai pegawai perhubungan di tempat kerja dalam persatuan tersebut(DKK). Tempat bermesyuaratnya di Bandar Alor Setar, Kedah. Seronok juga dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan sekerja seluruh Malaysia.
Mesyuarat berlangsung pada 16/01/2010 jam 10.00pagi, bertempat di bilik mesyuarat Penjara Alor Setar.Semua pengarah-pengarah di Zon nampaknya ada turut sama mengiringi Yang Berbahagia Dato' Wira Komisiner Penjara
Majlis penutupan mesyuarat tersebut dilakukan oleh Komisioner Penjara Malaysia.Antara saripati ucapan meminta kerjasama anggota saling bantu membantu kakitangan ke arah kebaikan dan sentiasa memberi tahap kebajikan yang termampu kepada semua ahli-ahlinya selain menyertai insuran untuk manfaat diri sendiri.
Lepas mesyuarat kami telah pun disedia jamuan makan tengahari. Jamuan tengahari dengan lauk ikan pekasam sepat Kedah disertai ulam-ulaman kampung, ohh sedap juga.Dah lama aku tak merasai lauk sedemikian.Selepas menjamu selera maka selesailah acara pada hari ini. Pada sebelah petangnya aku mengambil kesempatan meronda di Komplek Pekan Rabu, walaupun bukan hari Rabu. Apa lagi, maklumkan kepada orang rumah nun jauh di Pekan (Pahang) melalui handphone. Maka adalah pesanan-pesanan beli itu, beli ini. Entahlah yang aku ingat beli kuah rojak Mak Bee saja. 4 botol RM10.00 .Belilah 8 botol. Di Kuantan katanya tak ada, entahlah, aku tak tahu. Malam tengok Tv kat Hotel, Kelantan lawan Perlis- Sabarlah aku nak terus tengok bola.......dan... tidur awal
Besok pagi-pagi aku nak balik ke Kuantan.Maaf, gambar tak ada, lupa bawa kamera.
Saturday, January 16, 2010
Monday, January 11, 2010
PTC
Anak
Sarah Shairah
Buat apa tu dik. Seronoknya dik berposing dengan anak patung.Tak mengapa dik, jadilah seorang yang penyayang. Raikan keriangan, walau dimana kau berada.Tapi tahun ini adik dah memasukki darjah satu. Mulakan langkah mu dengan belajar membaca, menulis dan mengira. Ingat pesan ayah dan ibu, bila besar nanti jadilah orang yang berguna.Berbaktilah pada ibu dan ayah, pada diri sendiri dan pada seluruh masyarakat. Berbaktilah pada agama, nusa dan bangsa.
Friday, January 8, 2010
Tempat Persinggahan
Pada penghujung Musim cuti sekolah lalu 2009 . Pok Him sekeluarga baliklah ke kampung kat Salor. Rumah Pok Him berdekatan dengan gerai buat Akok Salor tu.Sebelum sampai ke rumah singgahlah di Masjid Baru Jertih, Terengganu.Wauu . Cantiknya Masjid Bandar Jertih, Terengganu.Singgahlah untuk solat seketika.Sampai di bawah tercari-carilah mana pintunya, tandasnya serta bilik wuduknya.Puas mencari dan bertanya orang, barulah jumpa. Rupa-rupanya ruang bawah, bukan tempat solat, ruang solatnya di tingkat atas.Besar dan luas serta selesa. Namun ada yang kurangnya - ialah peranan AJK(entah ada atau belum diwujudkan itu aku tak pasti) Petunjuk arah dan Papan Tanda yang tidak ada. Perkara ini sepatutnya dibuat untuk kemudahan orang ramai.Barulah senang tak tercari-cari tempat nak dituju.
Walau apapun di tepi bangunan Masjid itu adalah gerai-gerai makan untuk berehat dan menjamu selera. Selera kita, orang kita(nganuu kite).Alhamdulillah, hilang dahaga.Boleh terus balik ke Salor.
Saturday, January 2, 2010
Tahun baru Azam Baru
2010 sudah bermula. Azam baru Pok Him tahun ini, ingin melakukan latihan fizikal untuk mengurangkan berat badan, sekarang 91kg, Kalau boleh nak kurangkan 15 hingga 20kg. Itu pun kalau mampu dengan melakukan exercise.
Pada 29/12/09 basikal di bawah telah dibeli dengan harga RM1720. Niat hati nak kayuh ia , 20 hingga 30km sehari untuk 3 kali seminggu. Kalau sapa-sapa nak ikut pun bolehlah.Lokasi kayuhan pertama ialah dari Kempadang ke Pantai Sepat dan Cheruk Paloh. OK mari-mari, kita kayuh...
Pada 29/12/09 basikal di bawah telah dibeli dengan harga RM1720. Niat hati nak kayuh ia , 20 hingga 30km sehari untuk 3 kali seminggu. Kalau sapa-sapa nak ikut pun bolehlah.Lokasi kayuhan pertama ialah dari Kempadang ke Pantai Sepat dan Cheruk Paloh. OK mari-mari, kita kayuh...
Cantik tak basikal ni.Cantik atau tidak itu tak penting. Yang penting tujuan penggunaannya. Lepas ni nak joint mat-mat mountain bike blog.
masa seronok
Saat yang paling dinanti-nantikan, ini dia. betul tak..Makan lagi. Tambah lagi berat badan.Kerja dah beres, ceramah dah dengar.So sekarang kena meraikan tetamu.Makan pun kena berjemaah.Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)







