Sunday, February 13, 2011

Pancing ikan puyu


Tempat ini mungkin ada ikan kut.....



       Minggu ini tak ke mana-mana.  Bulan dah masuk pertengahan. Perbelanjaan kena safe sikit. Apa lagi sudah agak lama tak memulakan aktiviti yang diminati semasa kecil dahulu. Pagi terus ke kedai memancing dan dapatkan dua batang joran kecil dan bekalan umpannya sekali iaitu, cacing tanah. Sekali buat aktiviti ini seronok juga. Yang pertama kena cari tempat pancing yang sesuai dan banyak ikan. Umpannya  cacing tanahlah yang sesuai.



                                                   Tempat ni pun mungkin ada ikan


Ya mungkin


Kita pindah ke sebelah


Ikan puyu yang pertama di tangkap


Kecil aje


Bawa balik ke rumah, simpan untuk pelihara, banyak juga tu


Simpan 2 batang joran kat luar rumah


Esok, Lusa dan seterusnya kita pancing lagi, sebab lokasi memancing hanya di dalam paya di hadapan taman perumahan saja. Bila-bila pun boleh pancing.
Ikan Puyu nama saintifik nya; Anabas testudineus

Wednesday, February 9, 2011

anak saudara

22 tahun lalu,
     Gambar ini diambil semasa menetap di Raub, Pahang. Entahlah sikecil dalam gambar ingat atau tidak.Maaf. Kiranya, memaparkan gambar ini, tanpa kebenaran. Bukan orang lain, yang gigit jari tu, anak buah juga. Mungkin dah pun dewasa dan bekerjaya. Katanya dah menjadi seorang anggota polis sepertimana bapanya. Tahniah nak.Semoga terus berjaya dalam mengejar cita-cita dan profesion yang diceburi.

Sekarang bagaimana rupanya.. Mesti smart (handsome) seperti ayahnya juga.

Tuesday, February 8, 2011

Basikalku

Dah setahun usianya- dari tarikh beli



Hari ini kilometernya dan mececah ... puluhan ribu, belum check lagi...
Biarkan ia berehat seketika di Kampung Tebing Tinggi, Kuala Penor- Jalan Pantai Sepat, Pahang.
Berehat untuk tuannya ambil angin pantai dan berhenti mengayuh, ambil angin , minum air....
...
Jom kawan-kawan marilah kita sama-sama berbasikal atau bersukan, walau apa sukan sekalipun..
Jagalah kesihatan pada sepanjang masa dengan bersukan, riadah dan sebagainya.
Hargailah kesihatan badan sebelum terlambat.

Aku bukan Doktor sukan, tapi kata pakar kesihatan, bersukanlah atau bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. Insya Allah banyak faedahnya.
Siapa yang untung, tepuklah untuk diri sendiri. Senyumlah untuk diri sendiri.

Pagi ni aku dah kayuh 20 Km dari rumahku. Esok, akan kayuh lagi. Lusa akan kucuba kayuh lagi dan lagi.

Monday, February 7, 2011

Lokasi pejabat sekarang

Lokasi Pejabat sekarang

Pandangan dari dalam ke luar
( Bangunan Sultan Ahmad Shah-International Convention Centre)






Pandangan ke belakang (Kuantan Mega mall)


Seronoknya berada di tengah Bandar Kuantan, tapi yang susahnya mendapatkan parking kereta.....


Tuesday, February 1, 2011


Pindah ke PPD Kuantan

Tahun baru, pindah ke pejabat baru..
Kalau dah terpaksa, terpaksalah...
Pindah, tukar dan ditukar ke tempat yang baru adalah perkara biasa
Selagi kita bertugas sebagai kakitangan awam...
Ke mana di arah, di situlah .. kena pergi
Tempat baru ada yang barunya.
Tempat kerja lama ada lamanya.
Walau di mana pun
Pasti ada yang menariknya
Ada Hikmah, disebaliknya, Redhalah apa yang berlaku...
Amin. Ya Rabbal Alamin

Tuesday, January 18, 2011

Dis 2010

Disember Tahun Lepas.
Kali ini kena kursus lagi di Terengganu Kita.
Lokasi Felda Residence, 4 hari 3 malam.
Ada yang istimewa Kambing golek.
Sekadar imbasan lokasi dan bilik....





pandangan dari tingkat hotel
Bandar Pesisiran Sungai

Friday, November 26, 2010

Kena Kursus Lagi

     Pagi jam 10.00, bertolak ke Melaka untuk berkursus. Kursus pengenalan kepada Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di IKoM (Institut Koreksional Melaka). Kali pertama ke sana. Tempatnya indah dan cantik di tepian laut Selat Melaka. Bersempadan dengan Makam Hang Tuah. Terletak di Jalan Ke Tanjung Keling. Dapatlah berjumpa kawan-kawan lama dan baru.
    Dalam perjalanan singgahlah di suatu tempat di Johor dekat Pekan Tangkak kerana melalui jalan Buloh Kasap dan Pekan Tangkak, tempat jualan kain yang agak murah harganya..

Jam 3.35 petang sampai ke Tempat yang bernama Institut Koreksional Malaysia, Melaka.


                                                             Nombor Bilik yang dihuni

Ucapan Selamat datang dan selamat berkursus dari rakan 



                                               Pemandangan tepi pantai dari tempat kursus

                                                              

                                                               Masjid Tanjung Keling


Dalam perjalanan terlihatlah.....
Mee Siput , hanya kat Johor aje yang ada


                                        Kubur di depan Institut Koreksional Malaysia di Melaka


                                                  Beriadah di persekitaran tempat kursus



                                                Pemandangan menarik dari Tempat kursus