Sedar tak sedar dah sebulan tak kemaskini, blog ni. Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan 3. Anak-anak dah masuk musim cuti sekolah. Bapanya tak dapat cuti pula. Boss besar ada meeting kat Langkawi. Apa-apa pun aku pula jadi penunggu pejabat.Tapi tak kisahlah cuti cuma seminggu sahaja. Bulan 6 ni nak mohon cuti awal-awal lagi melalui HRMIS, semoga mendapat kelulusan Boss hendaknya. Itu pun kalau kerja tak banyak, dan mesti bereskan dahulu apa-apa yang sepatutnya.
Musim cuti sekolah ni, rasanya susah nak jaga anak-anak, sebab asyik di rumah saja, tanpa kawalan. Tu pentingnya Handset. Mesti selalu berhubung, bertanya apa , buat apa, jangan keluar rumah, duduk diam-diam, tunggu abah balik, tunggu mak balik,jaga adik-adik dan sebagainya.
Itu manfaat Iklan
Pasti Anda Tahu, Dimana Anak Anda Berada Ketika ini.- Petikan Iklan