Sunday, November 15, 2009
Anak - cuti sekolah
Daerah Kuantan mulai hujan, sejak dari malam tadi.Dua orang anak mengikut program perkhemahan di padang sekolahnya. Aku risau memandang keadaan yang agak dingin dan basah. Apakah aktiviti dan perkara yang boleh dilakukan. Apakah boleh mencapai objektif aktiviti perkhemahan atau tidak.Tiga hari dua malam untuk budak-budak merasai pengalaman hidup secara berkumpulan dan dalam suasana lain dari kesenangan sewaktu berada di dalam rumah dan bersama keluarga. Apakah pengalaman yang didapati, balik nanti akan aku cuba tanya...? Seronok ke? atau ......hanya kepenatan sahaja yang dapat Itu aktiviti pra percutian, minggu pertama nanti entahlah apa aktiviti, aku kerja. Cuti ni ada niat nak balik kampung, tapi takut pula cuaca dan keadaan sekarang yang tak menentu.Bukan apa sebab kereta lama lebih tahun katakan. Nasib baik cadangan pemeriksaan bersyarat untuk yang otai ditolak. Kalau tidak kereta tu kena tolak la
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pok Him,
ReplyDeletePitih tu tok leh dibawa ke dalam kubur. Jangan simpan banyak sangat.