Monday, July 11, 2011

Baju Aku


Gambar Keluarga


      Maafkan aku, aku suka warna merah , tidak ada kena mengena sama ada mereka yang telah mati atau tiada lagi di dunia ini. Merah sekadar warna pada baju yang ku pakai sahaja. Kuning bukan apa, warna raja tu. Hijau warna tentera. Biru warna polis kut. Hijau untuk penjara. Apa pun untuk rakyat jelata, aku tak tahu, boleh bagi tahu tak. Tapi ingatlah kain warna apakah, yang akan kita bawa kelak. Sewaktu tubuh terbujur kaku. Kita akan dikafan dengan kain warna itu . PUTIH.  Sekadar mengingat pada yang lupa dan alpa... Tidak kira siapa kita, dimana kita, berapa usia kita dan apa warna kulit kita.Yang pasti kita menuju ke sana. Balik kampung kita. Kampung Akhirat .

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Hari

      Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja, tidak kira di mana bekerja dan di mana lokasinya.  
Selamat Hari Ibu untuk Ibuku dan seluruh ibu-ibu yang bergelar ibu sejati dan penuh tanggungjawab dan amanah dan berpegang teguh pada agamanya.
    Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu tidak kira yang mengajar dan mendidik apa-apa bidang pun. Selamat Hari Belia tidak kira berapa usia pun.Kita tetap belia.
   Apa yang penting dan perlu ingat,...
 Semoga selamat di setiap hari dan di mana-mana saja.
Bulan ini Bulan Hari, pilihlah hari mana, untuk naik harga, tambah nilai,.....

Thursday, March 24, 2011

Cuti Hujung Minggu- Rumah Mertua

        Sekali-sekala atau hujung minggu atau hujung bulan atau bila nak rasa nak balik jumpa orang tua, memang seronok. Rasa, bagai suatu perasaan yang indah. Entah dari mana terbitnya, perasaan itu.... Inilah dikatakan kasih sayang, atau rasa kasih terhadap orang tua dan hubungan antara insan.Sekali-sekala baliklah, ziarahlah keluarga dan sanak- saudara, di waktu senang atau susah.
        Orang tua tidak mengharap wang ringgit, tidak mengharap apa-apa selain datang bertamu dan berbicara walau seketika, datang bertemu mata, dan datang memohon maaf dan restu atas pertemuan dan perjumpaan sesama insan. "Mawar Datan, Warah mah"Betul ke  tu. Harap betullah...











Tuesday, March 22, 2011

Santapan Mata

Bersiar di laman rumah ibuku...
                                  terlihatlah kecantikan bunga














Penyeri kehidupan (Isteri ) 






 Penutupnya, mestilah taukeh Blog.Sama warna Bunga di atas...












Thursday, March 3, 2011

minyak kuat

       Mari-mari minyak kuat Anda tak kuat . Pilih-pilih jangan tak pilih. Itu suara kat kaki lima tetapi  tidak di sini. Semuanya sentimental aje. Lepas sebuah bas ada lagi bas yang lain. Ada duit beli. Semuanya berasaskan gamat. Entahlah berapa ribu gamat telah diljadikan minyak dan ubat-ubatan.Yang pasti disinilah tempatnya.Sebut aje penyakit apa semua ada ubatnya.Mujarab atau tidak itu tak pasti. Yang pasti pelanggan beli, taukeh dapat untung.

Pilihlah
Ubatan berasaskan Gamat sentiasa menunggu kedatangan anda. Kat man ya, kalau tak kat Langkawi.