Friday, November 12, 2010

Pelepasan Secara Parol

Petikan B.Harian
     
     Pelepasan Parol - Sedia menjalani baki hukuman di luar tembok penjara, bersama-sama masyarakat.Tapi ingat anda masih menjalani hukuman dan tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan. Insaf dan berubahlah ke arah yang lebih baik.Hormatilah kebebasan yang diberikan.Carilah peluang pekerjaan dan pendapatan yang halal dan dapat menjamin masa depan anda dan keluarga. Pegawai Parol sedia dan akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna demi masa depan anda semua.

Sunday, October 17, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

Apakah Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954?

     "Perintah Kehadiran Wajib" ertinya suatu perintah mahkamah bagi menggantikan hukuman penjara mengkehendaki seseorang itu hadir pada setiap hari di pusat yang dinyatakan di dalam perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib untuk tempoh tidak lebih Tiga (3) Bulan dan untuk bilangan jam tidak melebihi empat (4) jam.

Apakah Kerja Wajib

     "Kerja Wajib" ertinya apa-apa kerja buruh, tugas kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib untuk diakujanji oleh pesalah tersebut.

Kosep Perintah Kehadiran Wajib

     Konsep "Perintah Kehadiran Wajib" adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan "kerja wajib" tanpa menjejaskan kehidupan harian dalam masyarakat.

Objektif Perintah Kehadiran Wajib
  1. Membantu pesalah mengelakkan peranan dan tanggungjawab dalam keluarga tanpa menjejaskan kehidupan dalam masyarakat.
  2. Mengurangkan impak pemenjaraan ke atas pesalah bagi hukuman ringan.
  3. Memberi peluang bagi pesalah yang melakukan kesalahan ringan menjalankan kerja wajib kepada masyarakat sebagai proses pemuliharaan dalam komuniti.
Faedah Perlaksanaan Perintah Kehadiran Wajib
  1. Mengurangkan kos kerajaan dalam menanggung pesalah kerana hukuman penjara.
  2. Mengurangkan kesesakan dalam penjara.
  3. Mengekalkan keakraban hubungan kekeluargaan tanpa perlunya pengasingan menerusi pemenjaraan.
  4. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pesalah terhadap masyarakat.
  5. Mengurangkan perlakuan semula jenayah.
*Dipetik dari :  Pamplet (18/10/10)
                       Unit Kehadiran Wajib Pesalah Bahagian Parol
                               IPPM, Bukit Wira, 43000 Kajang,
                      

Sunday, October 10, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

      Pesalah-pesalah bagi jenayah kesalahan kecil yang melibatkan hukuman kurang dari 3 bulan penjara mungkin tidak dijatuhkan hukuman pemenjaraan. Mereka yang disalahkan/disabitkan dengan kesalahan itu akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk menjalani Kerja Wajib.Mereka akan melaporkan diri ke Pusat Kehadiran Wajib yang telah ditetapkan di sesuatu Daerah atau Negeri. Pada masa ini Pejabat Parol di setiap daerah dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Kehadiran Wajib.
     Pada masa ini, hukuman menjalani Perintah Kerja Wajib telah dilaksanakan oleh Mahkamah. Pesalah pertama yang menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) setelah Akta 461- Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 berkuatkuasa, sekarang sedang menjalani perintah tersebut Di Daerah Parol Pekan, Pahang....Kesalahan yang dilakukan ialah seksyen 380.k.k.
     Antara kerja-kerja wajib yang perlu dilakukan ialah kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah orang tua, pusat jagaan dalam komuniti, pusat pemulihan orang kurang upaya dan lain-lain tempat yang bersesuaian yang boleh memberi pengajaran/pembelajaran serta keinsafan dalam diri setiap pesalah. Kami berharap dan berdoa, semoga pesalah tersebut insaf dan sedar akan kesalahan yang dilakukannya.

Thursday, September 9, 2010

Di sini sana

        Di sini jem, di sana jem, semua jalanraya sudah BERAYA, lebuh raya dah lama Raya, BELUM TIBA HARI RAYA ADA ORANG SUDAH RAYA. aPA itu hari Raya, kalau di sana ramai yang terkorban kerana kemalangan. Ada orang tiada tempat tinggal kerana rumahnya  terbakar. Apa itu hari raya, sekiranya mercun dijadikan  simbol kemeriahan.

       Tiba masanya kita balik ke pangkal jalan carilah ilmu tentang Raya, Kaya, Hidup dan Kematian. Walau apapun Selamat Hari Raya....
Cukuplah sekadar Tazkirah, petang sebelum Hari Raya. Ah lan Wasah' lam

Wednesday, September 8, 2010

Bulan Posa

        Banyak sungguh kejadian dan peristiwa yang melibat, kecederaan, ragut dan pembunuhan, penyembelihan. Nyawa manusia seolah-olah tiada nilai. Kalau nyawa tak ada nilai, aptah pula maruah. Tahi jahi mainan orang seberang. Di negara kita, itu hanyalah kerja orang gila, yang tiada akal dan fikiran. Di sebalik kejadian itu ada perkara yang tersembunyi.


      Walau apa pun atau di mana pun, atau siapa anda sekalipun di ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF, ZAHIR & BATHIN,
 kepada semua.

Tuesday, August 24, 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

Senarai tugas makin bertambah. Agenda dah dipersetujui. Perlu dilaksana, demi anak bangsa. Baca...


Utusan Malaysia Online - Terkini

Wednesday, June 16, 2010

CUTI sekolah

      Musim cuti dah masuk minggu kedua. Ni giliran Pok Him cuti pulak. Jom balik ke Kelantan. Seronok balik kampong. Seronok untuk berjumpa dan bertemu muka waris warah belah ayahbonda. Ayah Man masih sehat lagi, Pak Kob masih sehat, Paksu Husin dah tak gatih teksi lagi. Pak Jah dah kahwin lagi setelah lebih 10 tahun kematian isteri. Che Chik dan meninggal 2 minggu lepas.Pok su Sulaiman pun dah tak ce kat.
     Tengok anak-anak dah tak kenal anak sapa.Lama dah tinggal kampung.Kenduri perkahwinan ada di merata tempat. Sedap-sedap belaka gulai kawah orang kita.Sana bekwah sini pun bekwah. Ramai pulak hak pakaian baju, cantik-cantik. Nampak macam muda sokmo.
     Tapi Pok Him rasa sedih, bila nak mandi air paip keluar sikit-sikit. Macam sakit tenat. Dahlah kelaur sikit, air berkarat pula. Tak tahulah apa nak jadi. Macam dulu-dulu jugak.
     Walau apapun semangat 1Kelantan yang diamalkan sekarang seperti 1Malaysia telah lama diterokai oleh orang-orang tempat kita. Dulu kini dan selamanya. Kami berada dalam ukhwah dan perpaduan yang jati.Tolong menolong, bantu membantu dan sentiasa ingat tempat asalnya telah sebati di dalam jiwa kita. Betul tak. Sampai jumpa lagi.