Sunday, October 17, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

Apakah Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954?

     "Perintah Kehadiran Wajib" ertinya suatu perintah mahkamah bagi menggantikan hukuman penjara mengkehendaki seseorang itu hadir pada setiap hari di pusat yang dinyatakan di dalam perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib untuk tempoh tidak lebih Tiga (3) Bulan dan untuk bilangan jam tidak melebihi empat (4) jam.

Apakah Kerja Wajib

     "Kerja Wajib" ertinya apa-apa kerja buruh, tugas kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Pusat Kehadiran Wajib untuk diakujanji oleh pesalah tersebut.

Kosep Perintah Kehadiran Wajib

     Konsep "Perintah Kehadiran Wajib" adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan "kerja wajib" tanpa menjejaskan kehidupan harian dalam masyarakat.

Objektif Perintah Kehadiran Wajib
  1. Membantu pesalah mengelakkan peranan dan tanggungjawab dalam keluarga tanpa menjejaskan kehidupan dalam masyarakat.
  2. Mengurangkan impak pemenjaraan ke atas pesalah bagi hukuman ringan.
  3. Memberi peluang bagi pesalah yang melakukan kesalahan ringan menjalankan kerja wajib kepada masyarakat sebagai proses pemuliharaan dalam komuniti.
Faedah Perlaksanaan Perintah Kehadiran Wajib
  1. Mengurangkan kos kerajaan dalam menanggung pesalah kerana hukuman penjara.
  2. Mengurangkan kesesakan dalam penjara.
  3. Mengekalkan keakraban hubungan kekeluargaan tanpa perlunya pengasingan menerusi pemenjaraan.
  4. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pesalah terhadap masyarakat.
  5. Mengurangkan perlakuan semula jenayah.
*Dipetik dari :  Pamplet (18/10/10)
                       Unit Kehadiran Wajib Pesalah Bahagian Parol
                               IPPM, Bukit Wira, 43000 Kajang,
                      

Sunday, October 10, 2010

Pusat Kehadiran Wajib

      Pesalah-pesalah bagi jenayah kesalahan kecil yang melibatkan hukuman kurang dari 3 bulan penjara mungkin tidak dijatuhkan hukuman pemenjaraan. Mereka yang disalahkan/disabitkan dengan kesalahan itu akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk menjalani Kerja Wajib.Mereka akan melaporkan diri ke Pusat Kehadiran Wajib yang telah ditetapkan di sesuatu Daerah atau Negeri. Pada masa ini Pejabat Parol di setiap daerah dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Kehadiran Wajib.
     Pada masa ini, hukuman menjalani Perintah Kerja Wajib telah dilaksanakan oleh Mahkamah. Pesalah pertama yang menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) setelah Akta 461- Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 berkuatkuasa, sekarang sedang menjalani perintah tersebut Di Daerah Parol Pekan, Pahang....Kesalahan yang dilakukan ialah seksyen 380.k.k.
     Antara kerja-kerja wajib yang perlu dilakukan ialah kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah orang tua, pusat jagaan dalam komuniti, pusat pemulihan orang kurang upaya dan lain-lain tempat yang bersesuaian yang boleh memberi pengajaran/pembelajaran serta keinsafan dalam diri setiap pesalah. Kami berharap dan berdoa, semoga pesalah tersebut insaf dan sedar akan kesalahan yang dilakukannya.