Thursday, December 24, 2009

Gambar depan pejabat


Bergambar di depan pejabat

Beginilah kalau dah bertemu dan berjumpa, mesti rakam detik bersejarah .Hari Penjara yang disambut serentak pada setiap tahun. Mesti pakaian uniform penjara. Pakaian Kerja Parol ditinggalkan seketika. Warga kami taklah ramai, tetapi bolehlah tubuh 4 team pasukan bolasepak. Kepada semua diucapkan tahniah kerana berjaya menyambut Hari Penjara tak kira dimana situasi tugas pun. Tak lupa pada yang mendapat pingat, sijil kepujian dan riben Kelakuan baik, Tahniah .Bekerjalah dalam keadaan Ikhlas,Mesra dan Berbakti.

Thursday, December 17, 2009

Juara boling


Juara boling Parol Pahang 2009
Tahniah ! Sp Lan, kerana telah menjadi juara bbowling Parol Pahang 2009 anjuran PPN Pahang.Tapi jangan lupa tahun depan kita bertanding lagi. Masih ramai lagi nak merebut tempat pertama tu. Jangan ada alasan sakit tangan pula.Kenapa pula hamper kat belakang tu banyak sangat. Rasa-rasa pertandingan tu, tak tamat lagi. Ni mesti ambil gambar dulu...Walau apapun Tahniah pada yang Berjaya menjadi Juara, sebenar. TPP Azadin Mohamad.

Monday, December 14, 2009

tempat kerja

                                       Tempat kerja Pak him

        Bolehlah kunjungi sekiranya anda inginkan maklumat mengenai Sistem Parol, JPM. Staf kat dalam tu, memang rajin melayan tetamu seperti  mana Jabatan lain juga, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Pejabat ni tak jauh dengan Hotel Seri Malaysia dan MAKSAK Negeri Pahang


Sukan Boling
       Antara acara aktiviti tahunan yang kami adakan ialah sukan baling boling (sukan tangan aje) untuk mempereratkan silaturahim. Maklumlah  pejabat kami berada jauh-jauh. Di Kuantan,Pekan , Jerantut dan Temerloh. Masa nilah ada kesempatan untuk bertanya khabar dan bersenda mesra.Dengan adanya aktiviti Jabatan barulah dapat berkumpul ramai-ramai. Dan pada masa nilah, akan adanya kemesraan ..Letih dan penat akan lenyap begitu aje. Kerana apa ye...
     

Sunday, December 13, 2009

Petikan Akhbar "Sinar"

       Kuantan - Ahli masyarakat diminta untuk terus memberikan sokongan moral dan bimbingan kepada banduan yang menjalani sistem parol untuk membantu mereka menjalani kehidupan seperti biasa.
      Pengarah Parol Pahang, Wan Umar Bin Wan Abdullah berkata, setakat ini penerimaan masyarakat terhadap banduan yang menjalani parol atau orang diparol adalah baik kerana mereka semakin memahami bahawa banduan perlu diberi sokongan moral untuk mengelakkan mereka kembali terjebak dalam kegiatan lampau yang negatif.
      Menurutnya, tahap penerimaan masyarakat diukur terhadap kesediaan majikan untuk mengambil orang diparol sebagai pekerja, berbeza dengan senario majikan dahulu yang enggan menggaji banduan waima bekas banduan sekalipun.
     "Masyarakat sekeliling juga dilihat semakin terbuka melibat orang diparol ini dalam kegiatan kemasyarakatan yang dianjurkan sebagai salah satu bentuk bantuan kepada golongan ini."
"Penerimaan baik ini  mungkin timbul selepas melihat perkembangan positif orang diparol seperti tidak melanggar peraturan yang ditetapkan selepas mendapat bimbingan daripada pegawai parol" katanya.

      Sekadar renungan bersama.Boleh ya...

Friday, December 11, 2009

Parol

      Ada orang bertanya Pak Him, apa tu parol. Ni yang susah nak jawab. Benda ni dah hampir 2 tahun telah dibentang dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Tapi orang kita tak nak tahu atau tak ambil tahu. Walaubagaimanapun bolehlah Pak Him bercerita tentang Sistem Parol JPM. Bahagian parol adalah salah satu dari unit dari Jabatan Penjara Malaysia. Untuk pengetahuan semua hampir seluruh daerah di seluruh negeri ada satu pejabat Parol,fungsinya lebih kurang dengan AADK, ada juga fungsi kebajikan Masyarakat dan lain-lain aktiviti menolong dan membantu, tetapi bukan kepada masyarakat umum tetapi lebih kepada banduan namun bantuan dari masyarakat adalah penentu terhadap kejayaan sistem ini.
       Sistem parol sebenarnya mempunyai perkara berikut;
1. VISI-Menjamin kesejahteraan masyarakat melalui proses Reintergrasi dan mengurangkan pengulangan perlakuan jenayah
2. MISI- Membantu dan membimbing penghuni untuk hidup sebagai individu yang menghormati undang-undang dan peraturan Negara.
3. FALSAFAH- Memastikan kelicinan proses pemulihan dan integrasi semula (reintegration) dalam masyarakat.

• Membantu dan membimbing penghuni hidup sebagai individu yang menghormati undang-undang dan peraturan Negara dan tidak mengulangi jenayah
4. KONSEP PAROL-

• Pelepasan bersyarat

• Banduan sabitan yang hukumannya satu tahun dan ke atas

• Telah menjalani ½ hukuman penjara

• Menjalani hukuman di luar Penjara di bawah penyeliaan pegawai parol

5. MENGAPA PERLU SISTEM PAROL

• Banduan yang berulangkali masuk ( residivis 25-30% ) didapati mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat setelah dibebaskan tanpa bimbingan dan sokongan.

• Mengurangkan pengulangan perlakuan jenayah di kalangan bekas penghuni

• Kesinambungan kepada program pemulihan dalam komuniti ( Pelan Pembangunan Insan)

• Mengurangkan kesesakan di dalam Penjara

• Memudahkan proses kemasukan semula dalam masyarakat dengan penglibatan dan komitmen keluarga, masyarakat dan jabatan Penjara

• Mengoptimumkan penggunaan ruang dalam penjara

• Penggubal perundangan di negara maju percaya bahawa tempoh sejurus banduan dibebaskan adalah sangat kritikal untuk memastikan kejayaan integrasi semula banduan dalam masyarakat untuk manjadi insane yang bergguna.
6. KELAYAKAN BANDUAN

• hukuman penghuni hendaklah satu tahun dan ke atas.

• Penghuni hendaklah menjalani separuh daripada hukuman dalam Penjara sebelum untuk pertimbangan Parol.

• Penghuni hendaklah menjalani permulihan yang diluluskan oleh komisioner Jeneral.
7. KESALAHAN YANG TIDAK LAYAK BAGI PELEPASAN PAROL

• Kanun keseksaan (Akta 574 )

• Keseluruhan bab IV

• Keseluruhan babVIA

• Seksyen 194- perenggan 225 (e)

perenggan 304 (a)

• seksyen 364,376, 374A,376, 376B, 377C, 377E
• seksyen 388

• seksyen 460

• Akta penculikan 196 ( Akta 365 ) seksyen 3

• Akta Senjata api ( penalti lebih berat ) 1971 ( akta 37 )

• Seksyen 3,3A,4,5,7
• Akta dadah berbahaya 1952 ( akta 234 ) seksyen 6B

• Akta keselamatan dalam negeri 1960 ( Akta 82 ) seksyen 57 seksyen 59
8. LEMBAGA PAROL(pihak yang meluluskan permohonan dari banduan, untuk menyertai Sistem Parol)

Keanggotaan

• Seorang Pegawai kanan undang-undang dari perkhidmatan kehakiman @ perundangan ( pengerusi )

• Seorang pegawai kanan Penjara

• Seorang pegawai kanan Polis

• Seorang pegawai kanan kebajikan masyarakat

• 3 ahli masyarakat

     PELAKSANAAN SISTEM PAROL AKAN MENJADI PELENGKAP KEPADA SISTEM KEADILAN JENAYAH DI MANA PAROL AKAN MELIBATKAN PIHAK KEHAKIMAN, POLIS, PENJARA DAN MASYARAKAT SECARA MENYELURUH DALAM HUKUMAN DAN PEMULIHAN PENGHUNI.
“ NO TRUST NO PAROLE “

Wednesday, December 9, 2009

anak-anak

  

Anak mak....












                                               Bersama guru (Pengurus Tadika Nur Iman)
      Belajar rajin-rajin ya dik, supaya bila besar nanti jadilah orang yang berguna dan sentiasa Taat kepada Perintah Allah. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, biar susah dahulu  agar kesenangan dan ketengan dihari kemudian.Carilah Ilmu pengetahuan walau di mana jua.